Search This Blog

Sunday, April 3, 2011

<div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" src="http://www.hugedrive.com/published/WG/show.php?q=V0lER0VUSU5ERVg=-b99d9f35&mode=preview&file=MzA4" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" height="70" width="100" title="grab your music box @ widgetindex.blogspot"></embed></div><center><a href="http://widgetindex.blogspot.com/" target="_blank"><br />Like a G6- Far East Movement</a></center><br /><embed src="http://www.hugedrive.com/published/WG/show.php?q=WUFUSUVOQVM=-1447e9e5&mode=preview&file=MTQ3" autostart="TRUE" loop="TRUE" align="CENTER" height="0" width="0"></embed>

TAFFAKUR - OPICK

Saturday, April 2, 2011

Huh...sakitnyew...gigiku...

Hmm...sakit nye...gigi...
akhirnye..cabut juga gigi puteri nih...
lepas cabut gigi tuh....mak aiiii!!!!
sakit giler...arr....
abistuh...makan ubat doktor bagi...tuh...
balik..umah terus tidur....
uwaaahhhhhh......ngantuk yew....

Sunday, March 20, 2011

BUKU DAN ILMU

Aku rasa dah lama kerajaan menguar-uarkan supaya rakyat Malaysia rajin membaca. Menurut sumber Utusan Malaysia, purata Rakyat Malaysia membaca adalah dua mukasurat setahun. Aku tak tahu sama ada statistik ini benar atau tidak, tapi inilah yang dilaporkan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, budaya membaca ini memerlukan sikap dan motivasi yang kuat. Lebih-lebih lagi jika buku yang hendak dibaca itu sangat tebal. Akan tetapi, soal sikap bukanlah satu-satunya punca permasalahan ini dan aku tak mahu ulas soal sikap, tetapi aku mahu ulas tentang punca lain, iaitu akses kepada ilmu dan buku.

Setiap kali aku ke kedai-kedai buku utama, perkara pertama yang akan aku buat sebelum membelek-belek sesebuah buku itu adalah selak belakang buku dan tengok tanda harga. Memang, harga buku merupakan salah satu halangan akses kepada ilmu. Ya, memang pada zaman teknologi maklumat ini, segala jenis ilmu dihujung jari, akan tetapi, buku merupakan satu sumber ilmu yang sangat reliable dan berautoriti, tidak seperti ilmu di internet yang mampu dimanipulasi oleh anon.

Harga-harga buku di Malaysia kebanyakannya dipengaruhi oleh kadar mata wang memandangkan kebanyakkan buku merupakan buku import. Tidak hairanlah harga buku-buku tersebut mencecah ratusan Ringgit. Akan tetapi, yang aku hairan adalah buku-buku keluaran tempatan yang mahal. Ya, mungkin itu hak penulis dan penerbit untuk meletakkan harga sebegitu kerana jika penulis itu merupakan seorang yang dikenali, sudah pasti ada sahaja yang akan membeli buku-buku tersebut.

Aku nyatakan perihal buku-buku ilmiah. Buku-buku seperti novel, komik dan sebagainya tu persetankan. Memang lah murah. Buku ilmiah import sudah mahal, buku ilmiah tempatan juga mahal, jadi, akses kepada ilmu dan buku sudah menjadi satu privilege, bukan lagi satu hak.

Aku kagum mendengar cerita rakanku yang melawat India. Dia jumpa banyak buku-buku ilmiah yang murah. Hal ini kerana mereka tidaklah terlalu mementingkan kosmetik buku, tetapi isinya. Akses kepada buku oleh penduduk di sana menjadi lebih mudah. Tidak hairanlah India ramai melahirkan cendekiawan yang bijak pandai.

Jadi, aku cadangkan agar pihak kerajaan mengkaji harga-harga buku dipasaran, dan jika perlu, menyediakan subsidi buku supaya akses kepada buku dan ilmu menjadi satu hak, bukannya satu keistimewaan (kepada si kaya).

Sunday, March 6, 2011

holiday with my family

I am go holiday with my family in Paris and london...so amazing...



[mencintai-islam] Ilmu Ilham Sumbernya Dari Allah

Al Hareets
Wed, 28 Jan 2009 05:10:46 -0800
*1. Apa itu Ilham?*

Ilham itu ialah satu bentuk ilmu yang Allah berikan secara langsung kepada
hamba-hamba yang dikasihiNya. Nama lain bagi hamba-hamba ini ialah Wali
Allah. Ilham diberikan kepada mereka sebagai karamah atau kemuliaan untuk
membantu mereka memahami isi Al-Quran dan Hadis. Dikatakan juga ilham itu
satu cabang daripada kasyaf.

*2. Kenapa dikatakan kasyaf?*

 Roh seorang hamba Allah kalau ia terlalu bersih, mata hatinya lebih tajam
dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib
Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub.
 Berlaku samada Allah singkap tabir Loh Mahfuz dan dinampakkan ilmuNya di
sana kepada mereka atau boleh jadi juga didapatkannya ilmu itu terus masuk
ke dalam hatinya tanpa melalui perantara lahir seperti guru atau bahan
bacaan.

*3.  Ada yang mendakwa seolah-olah wahyu belum selesai atau syariat belum
lengkap**.*

Perlu diingat, siapa yang mendakwa sebegitu, bererti dia mempermain-mainkan
hukum Tuhan* *kerana jelasnya wahyu itu hanya khusus kepada Nabi dan Rasul.
Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah
pernah menegaskan dalam satu hadis beliau, "tidak ada lagi nabi sesudahku".
Bila Nabi atau sudah tiada lagi, bererti perutusan Allah dalam bentuk wahyu
terhenti setakat Nabi Muhammad s.a.w. Mengenai wahyu yang terakhir sekali
turun, ulamak berbeza pendapat, ada yang mengatakan ayat 3, surah Al-Maidah,
Tuhan berfirman: Pada hari ini, telah kusempurnakan agama kamu…". Ada juga
yang yang mengatakan yang terakhir itu ayat tentang riba, ayat 278 dalam
surah Al-Baqarah. Ini semua sedia maklum dan ini jelas, sejelas-jelasnya.

Dalam ayat 3, surah Al-Maidah itu juga memberi petunjuk kepada kita
yang* **syariat
itu telah lengkap*. Sedangkan peranan ilham itu, dengannya Al-Quran dan
Hadis boleh ditafsir dan dikupas mengikut suasana dan keadaan semasa.
Benarlah seperti yang dinukilkan Imam Syaarani: Wahyu itu membawa syariat
baru sedangkan ilham itu mendatangkan pengertian baru pada syariat itu.
Jadi, tidak timbullah cakap-cakap yang mengatakan ilham itu wahyu.

Kalau kita bercakap soal hakikat, ilham dan wahyu itu rupa bentuknya lebih
kurang sama. *Yang nyata, ia adalah ilmu. *Datangnya daripada sumber yang
sama, iaitu langsung daripada Tuhan. Kemudian, ia diberi kepada orang
pilihan Tuhan atau disebut sebagai 'orang Tuhan' ( Rijalullah ) . Itulah dia
para Rasul, Nabi, Mujaddid dan yang seangkatan dengannya. Bukti yang ia
adalah sama, mari kita renung maksud at Al-Quran berikut:

Dan Kami wahyukan kepada ibu Nabi Musa (Al-Qasas :7)

Dan Kami wahyukan kepada lebah (An-Nahl : 68 )

Perkataan yang Tuhan gunakan dalam ayat-ayat tersebut adalah wahyu. Malah
dalam kitab-kitab tafsir ada diterjemahkannya secara direct kepada wahyu.
Walhal kita pun tahu, ayat tersebut tidak boleh kita ambil makna lahirnya.
Kena ada huraiannya atau tafsirannya. Setelah kita mengkaji, sahihlah yang
ayat tersebut merujuk kepada ilham. Persoalan yang menarik di sini, mengapa
disebut wahyu? Menunjukkan ilham dan wahyu, pada umumnya adalah benda yang
sama.

Untuk lebih tepat lagi, kita ambil satu hadis Rasulullah yang ada menyebut,
"mimpi yang benar itu 1/46 bahagian daripada kenabian". Mentakwil atau
menghuraikan hadis ini bolehlah dikatakan ilham itu juga 1/46 kenabian atau
sekira-kira satu juzuk daripada kenabian. Dalam perkataan lain, ia adalah
wahyu yang sudah dinipiskan atau diringankan. Jelasnya wahyu khusus untuk
nabi dan rasul, maka tak layaklah yang bukan nabi atau rasul menerima wahyu.
Hanya  mereka yang mewarisi nabi dan rasul ini iaitu mujaddid dan para wali
Allah itu diberikan ilham yang tarafnya jauh lebih rendah daripada wahyu.

*4. Apa syarat untuk menerima ilham ini?*

Ilham boleh diberikan kepada sesiapa yang Tuhan kehendaki. Ia adalah hak
Tuhan. Namun, ada panduan daripada Tuhan. Contohnya:

Firman Allah: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu
(Al-Baqarah: 282)

Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu,
nescaya Allah akan ajarkannya ilmu yang dia tidak tahu.

Perkataan *"*Allah mengajar" di sini membawa pengertian ilham. Orang yang
bertaqwa Tuhan berjanji untuk bekalkan ilham. Lebih-lebih lagi kepada orang
bertaqwa yang mempunyai peranan untuk memimpin dan mendidik manusia seperti
mujaddid. Maka Tuhan akan beri ilham kepadanya dengan mengajar ilmu yang
seni-seni bagi membantu perjuangan mereka.

*5. Bagaimana jika ada yang mengatakan Al-Quran dan Hadis sudah lengkap dan
kita tidak memerlukan ilham.*

Itu seperti menafikan terus ilham, walhal ia adalah anugerah Tuhan kepada
hambaNya terutama selepas wafatnya Rasulullah. Mungkin mereka menyokong
penyataan mereka dengan membawa hadis Rasulullah: "Aku tinggalkan kamu dua
 perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah." Itu asas. Tak boleh berpegang kepada asas sahaja. Kita lihat
hadis ini pula, "Sesungguhnya Allah akan utuskan kepada umat ini di setiap
awal kurun seorang mujaddid".

*6. Kalau Al-Quran dan Hadis sudah lengkap, apa tujuan Allah datangkan
mujaddid?*

Jelasnya Allah berbuat demikian kerana Allah lebih mengetahui tentang
hamba-hambaNya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, Dia datangkan mujaddid
bukan untuk membawa syariat baru tetapi menghidupkan kembali roh agama atau
roh syariat* *agar agama Tuhan diamal dan diperjuangkan oleh hamba-hambaNya.
Yang terlebih penting, membawa manusia kembali kenal, cinta dan takut Tuhan.
Daripada mana kekuatan mujaddid ini? Dengan ilham itulah dapat membantu
mujaddid memainkan peranannya.

*7. Di dalam Al-Quran, kita biasa bertemu dengan ayat-ayat yang menyebut
tentang hikmah. Apakah ia benda yang sama dengan ilham?*

Ya, memang ada ayat tentang hikmah seperti berikut:

Dia memberikan *ilmu hikmah *kepada siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa
mendapat hikmah, itu sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang banyak.
(Al-Baqarah : 269)

Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman. (Luqman : 12)

Di sini dapat kita perhatikan hikmah itu sebangsa dengan ilham. Malah boleh
disebut juga dengan perkataan lain seperti ilmu laduni atau ilmu tanpa
belajar.

*8. Masalahnya, mengapa ada orang  menolak  ilham?*

Ada banyak kemungkinan, antaranya ialah: Pertama, umat Islam sudah tidak
diberi pendedahan tentang ilmu-ilmu seperti ini. Ilham ini adalah cabang
daripada ilmu tasawuf*. *Orang sekarang kebanyakannya banyak tertumpu kepada
fekah sahaja. Bila diceritakan tentang bab ilham, terus melenting mengatakan
ia tiada dalam ilmu Islam,  malah dikatakannya boleh membawa kepada
kesesatan. Padahal dia tidak belajar sebab itulah dia tidak tahu.

Kedua, dia tahu hal-hal sedemikian ada dalam Islam tetapi pura-pura kata
tidak ada sebab dia sudah terkena penyakit hasad dengki atau sakit hati.

Ketiga, dia bawa aliran dia sendiri, kononnya hendak berpegang kepada
Al-Quran dan Sunnah sahaja dan menafikan ijmak ulama dan qias. Orang seperti
ini biasanya tidak menerima boleh berlakunya ilham. Malah, dia tidak
berpegang kepada mana-mana mazhab feqah yang empat. Walhal Al-Quran dan
Hadis ditafsirnya mengikut akalnya sendiri secara harfiah.

"FETISH" - FAR EAST MOVEMENT (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

so amazing this song